Friday, November 5, 2010

Banjir datang lagi....

Setelah lima tahun berlalu akhirnya banjir besar melanda lagi...tahun ini khabarnya lebih buruk dari 2005.
Tapi lain pula keadaanya dengan aku, tahun 2005 lebih mendebarkan apabila air mula mengintai pintu rumahku yang berada di kawasan tinggi berbanding jiran-jiran ku....tahun ini air cepat surut sekitar pukul 5.30 pagi.  Kesian pada jiran-jiran yang rumahnya dinaiki air.

Tidak ketinggalan SMK Arau, tempat di mana aku mengajar turut dinaiki air....

Lihatlah paparan beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang banjir bermula 1 November 2010